June 10, 2023

UMS, Pejabat Daerah Kota Belud anjur pendidikan bencana

<img src="" width="250px">

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Kota Belud dalam penganjuran Program Pendidikan Awam Bencana Alam di daerah Kota Belud pada 19 Ogos ini.

Perkara itu dinyatakan Pengarah NDRC, Prof. Madya Dr. Carolyn Melissa Payus dalam satu kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Kota Belud bagi membincangkan kerjasama penganjuran program tersebut baru-baru ini.

Menurut beliau, program yang dirancang untuk diadakan di Kampung Melangkap Baru, Kota Belud itu merupakan siri ceramah pendidikan awam yang dianjurkan oleh NDRC sejak 2015.

Justeru katanya, pertemuan pihak NDRC bersama Pegawai Daerah Kota Belud, Bakri Nanun adalah bagi membincangkan kerjasama merangkumi penyelarasan penganjuran di peringkat daerah yang akan melibatkan agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan. – UTUSAN

OR

Scroll to Top