June 11, 2023

Terganggu dengar bacaan al-Quran, lelaki Australia ludah imam di Bandung

<img src="" width="250px">

BANDUNG: Seorang lelaki warga Australia ditahan bagi membantu siasatan selepas didakwa meludah seorang imam di sebuah masjid, dalam satu kejadian, kelmarin.

Lelaki itu yang dikenali sebagai MB ditahan ketika menunggu penerbangan untuk pulang ke Australia di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Menurut polis, MB tiada niat melarikan diri, sebaliknya memang mahu pulang pada hari itu berdasarkan tiket dan tempoh visanya yang sudah tamat.

Selepas ditahan, lelaki itu dibawa ke Balai Polis Bandung untuk disoal siasat.

Terdahulu, MB didakwa meludah M. basri Anwar yang merupakan imam di Masjid al-Muhajir, Buahbatu, Bandung, Jawa Barat pada Jumaat lalu.

Lelaki itu dikatakan melakukan kesalahan tersebut kerana berasa terganggu dengan bacaan kitab suci al-Quran yang dipasang menerusi pembesar suara.

Tindakan MB dirakam kamera litar tertutup dan menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, MB dilihat memakai topi dan baju berwarna hitam sebelum memasuki masjid dan terus menuju ke mimbar.

Pelaku kemudiannya menghampiri Basri dan meludahnya ketika imam tersebut sedang mendengar bacaan al-Quran.

Dalam pada itu, Basri memaklumkan, dia diludah tepat pada wajahnya.

OR

Scroll to Top