am@hmetro.com.my
Langkawi: Kesibukan aktiviti sepanjang penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) tidak menghalang anggota tentera laut pelbagai negara menyertai Karnival Sukan LIMA ’23 Sea Exercise (LSX).
Karnival sukan berkenaan disertai kru kapal-kapal peserta membabitkan tuan rumah iaitu anggota kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selain warga angkatan laut dari Brunei Darussalam, China, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Karnival sukan yang dianjurkan itu membabitkan acara Tug-of-War, bola tampar, hoki geladak dan wet & dry telematch.
Pegawai memerintah 32 kapal yang terbabit dalam LSX pula beradu kemahiran dalam pertandingan menembak senjata kecil.
Aktiviti sukan dan sosial itu adalah sebahagian daripada pengisian eksesais tentera laut yang memberi peluang kepada peserta untuk berkenalan dan beramah mesra.
Selain itu, peserta LSX juga dapat belajar dan bertukar pendapat untuk memupuk persefahaman di antara satu sama lain.
© New Straits Times Press (M) Bhd