June 11, 2023

Taufan Mocha badai Myanmar, tiga penduduk maut

<img src="" width="250px">

YANGON: Sekurang-kurangnya tiga orang maut di Myanmar selepas Taufan Mocha membadai bahagian barat negara itu dan Bangladesh.

Pasukan penerangan junta Myanmar dalam satu kenyataan mengesahkan setakat ini, tiga orang meninggal dunia dan beberapa penduduk lagi cedera akibat taufan itu.

Jelasnya, dua mangsa yang maut merupakan penduduk wilayah Rakhine manakala seorang lagi dari selatan wilayah Ayeyarwady.

Bagaimanapun, pasukan penerangan junta itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai mangsa.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 864 hospital dan klinik di seluruh negara, rosak akibat terkena tempias Taufan Mocha.

Terdahulu, Taufan Mocha melanda di antara Cox’s Bazar di Bangladesh dan Sittwe di Myanmar dengan membawa angin kencang sehingga 195 kilometer sejam (km/j).

Ia disifatkan sebagai ribut paling besar yang melanda Teluk Benggala dalam tempoh lebih sedekad. – AFP

OR

Scroll to Top