May 28, 2023

Star Cougars FC cari tajaan ke IberCup Estoril Portugal 2023

<img src="" width="250px">

PASUKAN bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), STAR Cougars FC dipilih mewakili negara pada kejohanan IberCup Estoril Portugal 2023, Julai depan.

STAR Cougars FC merupakan satu-satunya pasukan yang dijemput untuk bertanding di kejohanan bola sepak remaja berprestij dunia yang berlangsung pada 2 hingga 12 Julai di Estoril, Lisbon, Portugal.

Pengetuanya, Azmi Jimat berkata, pemilihan itu merupakan satu pencapaian tertinggi untuk pasukannya beraksi di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, ia bukan perkara mudah bagi pihaknya membiayai penyertaan pasukan ke negara selatan Eropah yang membabitkan kos bernilai RM175,000 ke kejohanan itu.

“Seramai 22 pemain dan empat pegawai mengikuti kejohanan kali ini dengan yuran penyertaan yang tinggi selain perbelanjaan lain sepanjang 10 hari berada di negara itu.

“Kita berhasrat agar pihak yang berkemampuan seperti sektor korporat dan kerajaan dapat memberi sumbangan agar dapat merealisasikan impian mereka bertanding di negara luar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.

STAR Cougars melakukan persiapan rapi untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

STAR Cougars melakukan persiapan rapi untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

“Kita bukan sahaja menyasarkan kecemerlangan akademik tetapi boleh membangunkan sukan dalam kalangan pelajar. Mereka berpotensi cuma peluang dan ruang tidak mencukupi,” katanya.

OR

Scroll to Top