April 2, 2023

Rider tergamam! Tak sangka terima RM500 sebagai tips daripada pelanggan

<img src="" width="250px">

Tidak dapat dinafikan, pekerjaan penghantar makanasering menjadi tumpuan orang ramai. Mana tidaknya, tugas yang digalas oleh mereka bukanlah semudah yang disangka kerana perlu mengejar pesanan makanan tepat pada waktunya kepada pelanggan.

Kadang-kala, penghantar makanan akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau makanan sebagai penghargaan buat mereka.

Tidak terkecuali, seorang pemuda yang juga merupakan bekerja sebagai penghantar makanan, dia tidak menyangka mendapat tips daripada seorang pelanggan dengan sejumlah wang yang banyak.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia telah meminta seorang penghantar makanan untuk memilih salah satu kertas yang sedang menjadi tular di aplikasi tersebut.

@pinn_yang

Abang Grab & his gf pick the tip 🥹❤️ sweet couple! #foryou #malaysia #grabfood #couple #couplegoals #valentinesday2023 #valentinegift #love #makanlokal

♬ i can’t help it – JVKE

Dalam video tersebut, pada awalnya penghantar makanan itu seakan teragak-agak untuk memilih tetapi, pemilik video telah meminta agar teman wanita untuk membuat keputusan.

Sebaik sahaja menarik kertas yang berjumlah RM500, wajah pasangan kekasih itu terkejut apabila mereka tidak sangka menerima sejumlah wang tersebut sebagai tips.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira dengan rezeki yang diperoleh penghantar makanan tersebut yang memaklumkan dia sedang mengumpul duit untuk membina mahligai bersama teman wanitanya.

Bukan itu sahaja, netizen juga menzahirkan ucapan terima kasih buat pemberi wang tersebut yang dikenai sebagai Pinn Yang atas sumbangan yang diberikannya yang bermurah hati membantu orang yang memerlukan.

Sumber: TikTok @pinn_yang

OR

Scroll to Top