June 10, 2023

Rexy bengang dengan pengadil

<img src="" width="250px">

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mempertikaikan beberapa tindakan pengadil ketika perlawan suku akhir Masters Malaysia 2023.

Bekas pemain beregu lelaki Indonesia itu mempersoalkan kepada pengadil yang menegur M Thinaah walaupun dia tidak membuat kesalahan di hujung set kedua.

Pengadil mendakwa Thinaah telah menghempas raket namun Rexy menafikannya dan menganggap itu hanya reaksi biasa.

Selepas itu, ketika Jepun mendahului 12-11 di set ketiga, perlawanan terpaksa dihentikan kerana jurulatih Jepun bercakap dengan pemainnya ketika perlawan.

“Semasa rali yang panjang pengadil hentikan perlawanan disebabkan jurulatih Jepun bercakap ketika perlawanan.

“Saya terus mempertikaikan kepada pengadil yang hentikan perlawanan sebab pemain juga penat.

“Pengadil suruh ikut peraturan, saya terima tetapi dalam kes ini peraturan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada pemain dan saya tidak boleh terima,” katanya.

Rexy berkata, peraturan badminton terlalu ketat seperti pemain tiada kebebasan.

“Peraturan badminton ikut seperti tenis tetapi semuanya seperti tak sama bila pemain tiada hak mereka,” katanya.

Rexy juga berkata kemenangan yang dimiliki hari ini hasil kesabaran yang tinggi ditunjukkan beregu negara.

Menanti Pearly Tan-Thinaah di separuh akhir ialah pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong yang menumpaskan wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-15, 18-21, 21-16.

© New Straits Times Press (M) Bhd

OR

Scroll to Top