June 5, 2023

PRU: Parti pembangkang Thailand mendahului kiraan undi

<img src="" width="250px">

BANGKOK: Pengundi Thailand dilihat ‘menolak’ kerajaan yang disokong tentera apabila dua parti pembangkang mendahului kiraan undi dalam pilihan raya umum negara itu.

Keputusan awal mendapati Parti Pheu Thai dan Move Forward mendahului kiraan undi berbanding parti pimpinan Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha.

Pilihan raya kali ini disifatkan sebagai titik perubahan kepada negara ini yang sebelum ini ditadbir junta tentera.

Prayuth mengetuai rampasan kuasa pada 2014 dan ketika ini bergelut untuk mengekalkan kedudukannya.

Move Forward dipimpin oleh bekas eksekutif teknologi, Pita Limjaroenrat, manakala Pheu Thai pula dipimpin anak perempuan Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra.

Berdasarkan kiraan Reuters menerusi data Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, Move Forward berkemungkinan besar memenangi pilihan raya kali ini, diikuti Pheu Thai di tempat kedua.

Dalam pada itu, Pita mengekalkan pendiriannya untuk terus tidak bersatu dengan parti sokongan tentera sekiranya memenangi pilihan raya ini.

Sebaliknya, Move Forward akan berunding dengan Pheu Thai bagi membentuk kerajaan pakatan.

Rancangan itu turut mendapat reaksi positif daripada Pheu Thai dengan barisan kepemimpinannya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama.

“Kami sudah bersedia untuk berunding dengan Pheu Thai, tapi kami tunggu keputusan rasmi,” ujar Paetongtarn.

OR

Scroll to Top