May 28, 2023

Pengoperasian semula BBP Seremban

<img src="" width="250px">

MENTERI Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini menyempurnakan majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban.

Ia selepas balai bomba yang berusia lebih 60 tahun berkenaan selesai dinaik taraf selepas projek itu dimulakan pada 2020 menerusi kos sebanyak RM6.1 juta.

Pengoperasian semula balai bomba berkenaan pada 21 Februari lalu menjadikan jumlah keseluruhan 20 buah balai bomba di Negeri Sembilan.

Kor Ming berkata, wujudnya balai bomba berkenaan bersama beberapa buah lagi balai berhampiran seperti Balai Bomba Ampangan, Senawang dan Seremban 2 pastinya memberikan kelegaan kepada penduduk setempat berkenaan perkhidmatan kebombaan. – UTUSAN

OR

Scroll to Top