March 23, 2023

Orang ramai sibuk rakam kebakaran jejas operasi menyelamat

<img src="" width="250px">

DHAKA – Operasi menyelamat mangsa dan memadam kebakaran di sebuah bangunan kediaman 12 tingkat di ibu negara Bangladesh, Dhaka terjejas gara-gara tindakan orang ramai berkumpul di lokasi kejadian.

Ketika api sedang marak di tingkat tujuh bangunan tersebut, orang ramai mula berhimpun dan mengeluarkan telefon pintar masing-masing bagi merakam kebakaran.

Kehadiran mereka sekali gus menyukarkan jentera bomba untuk tiba awal di lokasi kejadian dan melambatkan operasi memadam api.

Kebakaran di kawasan Ghulsan itu setakat ini telah menyebabkan dua kematian manakala lebih sedozen mangsa mengalami kecederaan akibat melecur dan terhidu asap tebal.

Malah, dua mangsa dalam keadaan kritikal selepas bertindak melompat keluar dari unit kediaman akibat panik.

Lapor media tempatan, salah seorang mangsa yang kritikal dikenalpasti isteri kepada Pengarah Lembaga Kriket Bangladesh (BCB).

Bomba mengesahkan kebakaran yang bermula kira-kira 7 malam (waktu tempatan) itu berpunca daripada masalah litar pintas.

Ia dikatakan bermula di tingkat tujuh sebelum melarat dengan pantas ke tingkat 11 dan 12 bangunan tersebut. – Agensi

OR

Scroll to Top