March 23, 2023

Nama dipetik, Aeril Zafrel nafi potong gaji pekerja -“Siap bagi bonus lagi!”

<img src="" width="250px">

Sejak semalam, tular sebuah pendedahan daripada seorang individu di laman Twitter memberitahu pasangan popular telah menindas staf yang bekerja di syarikat mereka.

Bagaimanapun, identiti pasangan yang didakwa telah memotong gaji semua pekerja sebanyak 35 peratus dengan alasan tidak mencapai sales target  dirahsiakan.

Apa yang membuatkan mereka tidak berpuas hati adalah syarikat milik pasangan tersebut mendapat hasil jualan yang lumayan pada tahun lepas.

Meskipun tidak mendedahkan identiti majikan, namun rata-rata warganet memetik nama pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berdasarkan bayangan atau hint seperti sweet couple, mempunyai keluarga bahagia dan ramai suka menonton video mereka di aplikasi TikTok.

Disebabkan itu, ramai netizen memetik nama mereka yang mempunyai syarikat perniagaan ‘Wawa Cosmetics’.

Tidak berdiam diri, pelakon Aeril Zafrel tampil bersuara dan tegas menafikan spekulasi tersebut memandangkan melayan pekerja dengan baik sekali.

Tambah Aeril, dia dan isteri turut memberi bonus kepada setiap pekerja berdasarkan pencapaian positif kepada syarikat.

“Kau dapat info dari mana? Aku ni siap bagi bonus lagi tahun lepas? Gila punya statement!!!”tulis Aeril.

Sumber : Twitter (@pedoqpop & @AbudiAlsagoff), Instagram @aeril_zafrel

OR

Scroll to Top