Kuala Lumpur: Penampilan penyanyi dan pelakon Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) mengundang kecaman ramai apabila pakaian digayakamnya dianggap mencolok mata.
Nabila yang muncul mengenakan pakaian mengikut tema AJL37 iaitu Dimensi Muzik, dikritik warganet kerana busana berwarna putih dipakainya didakwa ketat umpama baju renang.
Menerusi Instagram TV3 Malaysia, penyanyi lagu Peluang Kedua ini tampil mewakili penaja untuk mempromosikan telefon bimbit terbaharu jenama Samsung.
Apapun, tindakan netizen mengecam dan mengkritik Nabila dengan pelbagai komen antaranya, meminta agar dia melabuhkan tudung yang semakin singkat.
Ada juga komen warga maya yang meminta Nabila agar tidak berpakaian sebegitu memandangkan dia wanita memakai tudung.
Selain mempromosi telefon, Nabila juga tampil dalam siaran langsung AJL 37 ini bersama pelakon Delimawati untuk promosi drama Rombongan Cik Kiah Ke AJL yang disiar sebagai karya Tonton Original.
© New Straits Times Press (M) Bhd