March 23, 2023

Jika tak layak ke Piala Dunia 2026, kita mahu semakin ‘rapat’ – Hamidin

<img src="" width="250px">

“Kita perlu bergerak selangkah demi selangkah, tapi dengan kerjasama ataupun perancangan menerusi F:30 (Peta Hala Tuju) kita sudah ke arah tersebut dan kita perlu lahirkan lagi pemain tempatan berbakat,” katanya.

Meskipun jurulatih bersilih ganti, Malaysia belum berjaya layak ke Piala Dunia dalam sejarah penganjurannya sejak 1930 apabila sering terkandas di pusingan kedua kempen kelayakan.

Sementara itu, Hamidin yang memegang jawatan Presiden FAM sejak 2018 mengharapkan peminat terus memberi pandangan membina dalam misinya mengangkat semula kegemilangan bola sepak tanah air.

Menurut beliau, peminat mempunyai hak untuk memberikan pandangan serta apa jua komen dan sebagai orang nombor satu FAM beliau sendiri meneliti apa yang disuarakan termasuk di media sosial.

Beliau berkata, ada dalam kalangan peminat mempunyai buah fikiran yang bernas dan ia akan diteliti.

“Saya berpendapat mana yang bagi pandangan faktanya salah saya ketepikan saja, tapi ada yang bagus saya arah pegawai untuk teliti kerana peminat termasuk penulis blog kita (tempatan) banyak orang muda yang pandai.

“Mereka buat perbandingan dengan liga luar negara, bagus buat perbandingan. Jadi saya kena timbang mana yang tak baik diketepikan, tapi ada yang bagus saya akan terimaSaya perlu terima (kerana) itu hakikat peminat untuk bercakap apa yang mereka mahukan,” katanya. – Bernama

OR

Scroll to Top