April 2, 2023

Jaga air muka suami, Diana Danielle tak kongsi hal ‘dalam kain’ di media sosial

<img src="" width="250px">

Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi sebarang perkara perihal membabitkan rumah tangganya di media sosial.

Menurut laporan Utusan Online, Diana berkata, itu adalah cara bagi menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga seorang aktor serta pengarah, Farid Kamil.

“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.
“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.

Bercerita lanjut, pelakon filem Imaginur itu mengakui persefahaman dan toleransi antara hubungan suami isteri penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia serta keluarga harmoni.

“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.
“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 7.

Sumber: Utusan Online (Mohammad Al Faizal Abdul Karim), Instagram Diana Danielle

OR

Scroll to Top