May 28, 2023

Ibu mengandung dilarang menunaikan haji

<img src="" width="250px">

Pada 27 Mei 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan ibu-ibu yang mengandung tiga bulan atau lebih, bermula pada 1 Ogos depan, tidak akan dibenar menunaikan fardu haji ke Mekah pada musim-musim haji yang akan datang.

Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) memaklumkan hari ini, langkah tersebut diambil memandangkan kemudahan perubatan di tanah suci itu adalah terhad bagi menjamin keselamatan mereka semasa bersalin.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 27 Mei 1979 – Sekurang-kurangnya 270 orang terbunuh semalam dalam kemalangan udara paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat apabila sebuah pesawat DC-10 terhempas setelah berlepas dari Lapangan Terbang O’Hare Chicago.
  • 27 Mei 1980 – Pemain badminton muda kebangsaan, Datuk Misbun Sidek adalah salah seorang dari sepuluh calon lelaki dan wanita untuk merebut anugerah olahragawan dan olahragawati Majlis Sukan Negeri Selangor 1979.
  • 27 Mei 1982 – Sejarah ‘Perang Perak‘ yang berlaku pada 1875 akan dipentaskan semula dalam satu pementasan anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Perak (MKNP) pada 19 Jun depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

OR

Scroll to Top