June 5, 2023

Gol ke-100 Fernandes pastikan kemenangan United

<img src="" width="250px">

MANCHESTER: Bruno Fernandes menjaringkan gol ke-100 dalam kariernya untuk meningkatkan harapan Manchester United beraksi dalam Liga Juara-Juara dengan menumpaskan Aston Villa 1-0, sebentar tadi.

Kemenangan di Old Trafford itu juga menamatkan rekod 10 perlawanan tanpa kalah Aston Villa.

Fernandes meledak gol enam minit sebelum tamat babak pertama selepas Emiliano Martinez menepis rembatan Marcus Rashford ke arahnya.

Pemain tengah United, Casemiro juga memiliki peluang, namun rembatannya terkena palang dan percubaan pada separuh masa kedua pula tersasar.

Bagaimanapun Ezri Konza hampir memberikan gol penyamaan jarak dekat buat pasukan pelawat berpunca dari sepakan penjuru.

Begitupun pertahanan Villa itu tidak dapat menyesuaikan kedudukan badannya dengan pantas untuk mengarahkan bola ke arah pintu gol.

Keputusan itu memastikan United kekal di tangga keempat dengan 63 mata, sembilan mata mengatasi pasukan tempat kelima, Tottenham. – AGENSI

OR

Scroll to Top