REYHANLI, TURKIYE – Dalam tempoh tiga hari, Muna Abdul Razak, 38, akan berulang alik sejauh 200 meter dari lokasi penempatan sementara ke bangunan kediamannya yang runtuh di Antakya dalam tragedi gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter yang menggegarkan negara ini, pada 6 Februari lalu.
Tujuannya hanya satu iaitu mencari anak sulungnya, Munir Abdul Razak, 17, dan anak bongsu, Majid, 13, yang nasib mereka tidak diketahui sama ada hidup ataupun telah meninggal dunia.

Munir (kanan) dan Majid ketika ditemui Sinar Harian di rumah bapa saudara mereka di Reyhanli, Turkiye.
Sebaik Munir dan Yamil diselamatkan, Muna gagal menahan air mata sambil meluahkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana mengabulkan doanya.
Sinar Harian bersama Syria Care dan Task Emergency Medical Service (TEMS) ketika ini berada di Turkiye dalam misi menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi termasuk di Syria.
Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam misi ini dengan menyalurkan derma kepada Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care.
Mereka yang ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd, 564276-529068.
Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/
OR