June 10, 2023

Dua pingat gangsa ubat kelukaan 100 meter

<img src="" width="250px">

PHNOM PENH: Selepas mengharungi dua temasya, masih tiada kilauan pingat emas dapat dihadirkan Malaysia dalam saingan riben biru olahraga 100 meter (m) lelaki Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja hari ini.

Begitupun dua bekas juara, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi menerima sedikit penawar luka dengan berkongsi pingat gangsa di Stadium Nasional Morodok Techo.

Khairul Hafiz, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan Haiqal yang menjuarai saingan 100m di Filipina pada 2019 menamatkan perlumbaan dengan berkongsi catatan 10.45 saat (s).

Pelari Thailand, Soraoat Dapbang yang memecut pada saat akhir mengungguli saingan dengan kepantasan 10.37s, meninggalkan Marc Brian Louis dari Singapura (10.39s) meraih perak.

Dalam saingan wanita pula, pelari pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan perlumbaan di tangga keempat dengan catatan 11.83 s, sementara rakan sepasukan Nur Aishah Rofina Aling berada di tangga kelapan.

Pingat emas milik pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira, sementara atlet Thailand, Supanich Poolkred meraih pingat perak. Pingat gangsa pula menjadi milik pelari Vietnam, Thi Nih Yen Tran. – UTUSAN ONLINE

OR

Scroll to Top