March 23, 2023

Dr Aizul penuhi impian PU Riz

<img src="" width="250px">

najiy.jefri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Impian pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz untuk mengusahakan bisnes kecantikan akhirnya menjadi kenyataan.

Menyedari kaum lelaki sudah semakin terbuka dan mementingkan soal penjagaan dan kesihatan diri, PU Riz yakin dengan potensi perniagaan terbabit.

“Perancangannya sudah lama iaitu sebelum kahwin dan ketika saya masih belajar, tapi masa itu ada kekangan. Alhamdulillah sekarang ini ada waktu untuk meneruskannya.

“Saya lihat ia adalah bahagian perniagaan yang baik kerana orang akan sentiasa berulang kali ke sini. Bila ada pengulangan maksudnya bisnes itu bagus.

“Sebelum nak buka Airiz Aesthetic Center ini, saya minta restu ibu terlebih dulu. Alhamdulillah dia beri sepenuh sokongan dan restu.

“Menerusi perniagaan ini, saya memilih untuk bekerjasama dengan Dr Aizul sebab, satunya dia kawan lama. Awal-awal dulu saya selalu bantu dia untuk buat ulasan tempat dia secara percuma. Jadi, saya rasa selepas itu apa salahnya untuk jalankan bisnes bersama-sama,” katanya.

Menurut PU Riz, pusat rawatan estetik yang berpangkalan di Ampang turut menawarkan perubatan tradisional seperti akupuntur dan bekam.

“Saya minat bekam dan rawatan Islam, jadi kami akan sekalikan nanti. Pusat ini bukan untuk perempuan sahaja dan lelaki juga perlukannya.

“Bagi saya, definisi kecantikan bukan sekadar dari luaran tetapi dalaman juga. Pusat kecantikan saya juga tidak menawarkan rawatan yang tidak dibenarkan dalam Islam,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

OR

Scroll to Top