June 11, 2023

Coldplay: Siapa yang kata ‘haram’, jangan datang – Baby Shima

<img src="" width="250px">

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima berpendapat individu yang merasakan konsert Coldplay ‘haram’ tidak perlu menontonnya.

“Konsert kat Malaysia tak ada masalah pun. Siapa nak tengok, pergi tengok.

“Siapa yang kata haram, jangan datang. Duduk rumah, duduk surau,” tulis di Instagram miliknya.

Pemilik nama Nor Ashima Ramli berpandangan, tiada masalah sekiranya Malaysia mahu mengadakan konsert memandangkan hidup ini mempunyai pilihan.

“Apalah susah sangat, hidup itu pilihan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Baby Shima turut mempersoalkan ‘suara lantang’ pendakwah bebas, PU Syed yang sering membuat bantahan mengenai artis luar yang bakal mengadakan konsert di Malaysia.

Sebelum ini, PU Syed membantah konsert Coldplay yang bakal diadakan di Malaysia selain mempertikai tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalukan kedatangan kumpulan tersebut.

Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, budaya hedonisme atau hiburan melampau dalam kalangan masyarakat sepatutnya dihentikan selain menyifatkan ia tidak mendatangkan maanfaat kepada agama serta bangsa.

Konsert Coldplay yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan. – MalaysiaGazette

OR

Scroll to Top