March 20, 2023

Chelsea kemarau kemenangan lagi

<img src="" width="250px">

London: Graham Potter mengakui Chelsea masih ‘bekerja keras’ selepas gagal melakar kemenangan di Liga Perdana Inggeris (EPL) tiga perlawanan berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 di West Ham.

Chelsea di depan menerusi gol Joao Felix minit ke-16 namun kelebihan itu dipadam oleh tuan rumah menerusi jaringan menyamaan Emerson minit ke-28.

Barisan pemain mahal Potter sekali lagi gagal untuk membuktikan kemampuan mereka sekali gus menambah tekanan kepada pengurus Blues itu.

Menduduki tangga kesembilan, Chelsea hanya menang sekali sepanjang lapan perlawanan terakhir di kesemua pertandingan dan ketinggalan sembilan mata daripada empat pasukan teratas.

Meskipun Potter menegaskan beliau menyedari tekanan untuk meletakkan Chelsea di landasan yang betul, bekas bos Brighton itu tidak dapat memulihkan situasi itu setakat ini sekali gus berdepan risiko lebih besar berhubung masa depannya.

“Separuh masa kedua lebih baik jika melihat kepada prestasi gabungan pemain baharu untuk menyesuaikan diri dengan rentak Liga Perdana.

“Saya rasa anda dapat melihat sendiri potensi pada separuh masa pertama. Anda tidak boleh mengawal apa yang orang katakan dari luar, anda perlu terus berusaha.

“Mereka adalah pasukan yang bagus dan kami sangat teruja dengan pasukan ini serta potensi yang mereka ada tetapi masih perlu bekerja keras,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

OR

Scroll to Top