March 23, 2023

Betty Rahmad tak setuju saranan TikToker -“Orang bayar bukan nak dengar anak kita nangis”

<img src="" width="250px">

Sejak semalam, tular di media sosial apabila ada seorang TikToker dikenali sebagai Cikgu Ayu menegur pengunjung kedai makan supaya bertolak ansur dengan anak-anak kecil yang membuat bising.

Walau bagaimanapun, tegurannya itu mengundang pelbagai respon kerana merasakan peranan ibu bapa juga penting bagi tidak membiarkan anak-anak menjadi tidak terkawal.

@cikguayu_imtecer

common sense la sikit yer…. hurm..#cikguayu

♬ original sound – Cikgu Ayu Empire – Cikgu Ayu Empire

Antara yang mengeluarkan pendapat adalah selebriti, Betty Rahmad yang menyatakan dia tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan TikToker tersebut kerana dia juga mempunyai anak kecil dan kerap makan di luar.

Ujarnya, sebagai pengunjung kedai makan, sudah tentu pelanggan membayar untuk mendapat makanan dan suasana yang selesa, bukan mendengar tangisan serta riuh anak-anak kecil.

@bettyrahmadali

#stitch with @Cikgu Ayu Empire Kita tak boleh pentingkan diri sendiri✌️ #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage

♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen – Betty Rahmad | Sambal Queen

Jadi, dia merasakan ibu bapalah yang memainkan peranan sama ada membungkus makanan dan membawa pulang supaya tidak mengganggu orang lain ataupun membawa mainan bagi melekakan seketika anak-anak ketika penjaga sedang makan.

Sebagai ibu bapa, sepatutnya kita lebih tahu tentang kerenah anak-anak dan tidak mementingkan diri sendiri sehingga menyalahkan orang lain andai anak mereka ditegur kerana mengganggu persekitaran.

Pendapat yang dibuat oleh Betty itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkata. Menurut mereka, lebih baik ibu bapa yang mempunyai anak kecil makan dirumah kerana dapat mengawal anak-anak daripada menggangu orang lain.

Sumber: TikTok Betty Rahman

OR

Scroll to Top