Kontroversi tentang hubungan antara Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Ezley menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini apabila masing-masing berbalas kenyataan di media sosial.
Bagi meredakan sedikit ‘kekacauan’ Khazrul telah membawa anak perempuannya dikenali sebagai Julia Sharapova bercuti ke Thailand.
@elzey_anjoulielavocah #fyp #juliasharapova #turn9 May Allah Bless You ! #allahummashollialasayyidinamuhammad
Dikesempatan itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit sempat membuat live di media sosialnya dan menjawab beberapa soalan dari netizen yang menonton siaran langsung berkenaan.
Antara topik yang menjadi tumpuan ramai sudah tentu hubungannya dengan Anju. Menurut Khazrul dia mengaku yang Anju merupakan seorang wanita yang baik dan dengan jujur mengatakan ketika ini hanya ada dua nama perempuan yang ada di hatinya iaitu bekas tunangnya itu serta Pova.
@imyoursbestie Replying to @KEMBARA bagus anju ye pakaikan stokin utk papa dia pegi keje 😉 #anju #anjoulielavocah1 #zarinaanjoulie #puteranordanish #fyp
Selain itu, Khazrul juga sempat memberitahu yang perancangannya untuk bertemu dengan keluarga Anju pada 17 Februari nanti terpaksa dibatalkan kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Ujarnya, buat saat ini, dia hanya menyerahkan segala ketentuan kepada Allah S.W.T dan memilih untuk muhasabah serta fokus memperbaiki diri sendiri.
@imyoursbestie Replying to @deeDeana mcm mne tu dua2 special dalam hati dia? Hmmm #anju #anjoulielavocah1 #zarinaanjoulie #puteranordanish #fyp
Menjengah ke ruangan komen, kebanyak netizen meminta agar mereka cepat berkahwin kerana mungkin masih ada cinta di hati mereka.
Ada juga yang kurang senang dengan apa yang diperkatakan bekas tunang selebriti itu kerana kenyataannya sangat berbeza dengan apa yang diucapkan pada minggu lalu.
Sumber: TikTok imyoursbestie