April 2, 2023

Baju ala2 ‘pakaian dalam wanita’ Janna Nick buat netizen terkejut

<img src="" width="250px">

Penampilan-penampilan selebriti di Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) sememangnya menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, AJL kali ini sememangnya meriah selepas beberapa tahun suram disebabkan pandemik.

Selain Nabila Razali, penampilan Janna Nick turut mencuri perhatian netizen yang kurang senang melihat busana yang digayakannya.

Ada yang menyifatkan busana Janna tidak kena kerana dilihat seperti pakaian dalam. Netizen juga mengatakan ia seakan seksi dan mencolok mata kerana seolah-olah hanya memakai pakaian dalam wanita jenis tube.

Kebanyakkan komen yang ditinggalkan di Twitter mengecam pakaian Janna kelihatan tidak sesuai dengannya.

Mereka juga ‘mengucap’ panjang kerana penampilannya itu seakan sengaja mahu mengundang kecaman netizen di media sosial.

Apa-apa pun, kalau tuan badan dah selesa kita nak kata apa kan.

Sumber: Instagram Janna Nick

OR

Scroll to Top