May 28, 2023

24 tan daging babi tiada permit import dirampas

<img src="" width="250px">

am@hmetro.com.my

Pelabuhan Klang: Sebanyak 24 tan daging babi sejuk beku tanpa permit import dari Australia dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Klang Barat di sini, Rabu lalu.

Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata, daging babi sejuk beku itu dikesan tiada permit import ketika pemeriksaan rutin 10 pagi hari berkenaan.

“Pengimport membawa dagangan itu gagal mempamerkan label loji penyembelihan diiktiraf pada bungkusan dagangan terbabit seperti mana dinyatakan di dalam syarat Permit Import yang diluluskan.

“Berikutan itu, kesemua daging babi sejuk beku yang dianggarkan 24 tan bernilai RM180,000.00 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kegagalan mematuhi syarat ditetapkan pada Permit Import Maqis menjadi kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), Akta yang sama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

OR

Scroll to Top